Friday, 11 May 2012

KALAU SAYANGKAN UMNO

SEKIRANYA ahli Umno benar-benar sayangkan parti, nasihat saya berubahlah. Jangan berdiam diri dan menyerahkan nasib parti kepada orang lain. Setiap ahli UMNO bertanggung-jawab berkerja keras memastikan parti terus diterima masyarakat terutama orang Melayu sebagai sebuat parti politik yang mereka boleh bergantung harap untuk memperjuangkan nasib semua orang Melayu di negara ini. Usaha perlu dibuat bagi membantu UMNO membersihkan senarai ahlinya daripada mereka yang hanya menyertai parti kerana mahu mencari kedudukan dan kekayaan. Puak ini sertai UMNO kerana hendak mencari permit, projek dan jawatan penting dalam kerajaan. Bila tidak lagi dapat berbuat demikian mereka bertindak memburukkan parti dan menyertai pembangkang. Sejarah parti telah menunjukkan ada yang sanggup menipu dan memfitnah parti semata-mata untuk mencari peluang untuk menjadi calun wakil rakyat dari parti pembangkang. Ahli UMNO hendaklah melihat dikalangan mereka termasuk barisan kepimpinan parti yang ada samada di peringkat Majlis Tertinggi, Negeri, Bahagian dan Cawangan wajar terus diberi sokongan kerana berjuang dengan ikhlas atau diganti dengan barisan kepimipinan baru kerana sudah tidak lagi relevan. Perkara ini amat membimbangkan kerana terdapat ahli UMNO terutama golongan muda yang merasakan sudah tiba masanya untuk mengajar golongan yang penting diri sendiri dengan mengundi pembangkang! Bagi golongan muda ini, mereka yang tidak ikhlas dengan perjuangan UMNO akan segara keluar parti apabila Barisan Nasional kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang. Sekiranya ini benar, barisan pimpinan UMNO dan Kerajaan perlu mengambil tindakan segara dengan memperbetulkan keadaan tersebut. Pemimpin UMNO perlu segara turun ke akar umbi, berbicara sama golongan muda dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak perlu mengundi pembangkang semata-mata untuk mengajar UMNO. UMNO akan bertindak sendiri dengan cepat bagi memastikan pemimpin yang tamak, penting diri sendiri dan tidak lagi popular digugurkan dari jawatan mereka.

No comments:

Post a Comment