Sunday, 15 July 2012
BIASA LAH TU.....
KOMEN-KOMEN yang pembangkang akan menguasai Kerajaan Persekutuan seperti yang dilaungkan pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS dan juga dicatatkan secara meluas dalam blog-blog pro pembangkang akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang luar biasa pun.
Ini kerana setiap kali pilihanraya umum hendak diadakan, pembangkang akan pukul canang bahwa mereka akan menguasai Kerajaan Persekutuan dan setiap kali juga mereka terus ditewaskan Barisan Nasional.
Kalau dulu mereka bergantung kepada ceramah untuk membuat dakwaan tersebut, kini ianya dilaungkan menerusi blog dan berita internet. Ramai tentera siber mereka akan siarkan kenyataan dan analisa mengapa pembangkang akan menang dalam pilihanraya. Ini kerja nujum pembangkang yang di antara mereka, bekas-bekas wakil BN terutama UMNO.
Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi dan menghasut golongan atas pagar (kuasa penentu pemenang) untuk mengundi pembangkang.
Dan di situlah kesilapan mereka. Golongan atas pagar tidak mudah dihasut dan mereka tidak percaya dengan tulisan atau ceremah mereka. Kebanyakkan dari mereka terdiri dari golongan cerdik pandai yang sentiasa menilai keadaan sekeliling dan membaca lapuran-lapuran rasmi bagi menentukan samada kerajaan yang diperintah BN ini berjaya dalam memerintah negara.ss
Mereka tidak akan meperjudikan nasib mereka dan serta keluarga dengan memberi sokongan kepada pembangkang yang telah terbukti pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya.
Mereka tahu pembangkang suka memfitnah musuh politik mereka semata-mata untuk mendapat sokongan. Rakyat bukan mudah diperbodohkan dan di sini pemimpin pembangkang tidak pernah sedar.
Kita pun tahu BN bukan lah bagus sangat, tetapi mereka lebih baik dari Pakatan Rakyat yang terbukti telah gagal membawa perubahan kepada negeri-negeri yang mereka perintah.
Rakyat sudah rasa meluat dengan tindakan parti-parti DAP dan PAS akhir-akhir ini yang terus menipu mereka kononnya sekiranya Pakatan Rakyat menang maka Anwar Ibrahim akan dipilih menjadi Perdana Menteri.
Apakah ini benar? Bersediakan PAS yang berjuang bermati-matian selama lebih 60 tahun mahu melihat pemimpin dari parti PKR menjadi Perdana Menteri? Hadi sendiri mau jadi Perdana Menteri!
Kit Siang yang masih terus aktif dalam politik, lebih lama dari pemimpin-pemimpin BN yang dia sering tuduh mahu kekal sebagai pemimpin sampai mati, pun tanam cita-cita nak jadi PM.
Nampaknya sekiranya Anwar Perdana Menteri, yang berkuasa penuh adalah ketua DAP dan ketua PAS aja. Dan kedua-dua mereka ini akan terus bersengkata kerana pada dasarnya, mereka tidak pernah bersetuju dengan dasar perjuangan masing-masing.
Yang akan menjadi mangsa mereka ialah negara dan rakyatnya. Tapi kalau nasi dan jadi bubur, tidak dapat dibuat apa-apa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment