Wednesday, 14 August 2013

POLIS YANG LEBIH MESRA



Di...

Cuaca agak panas di luar bangunan tetapi pokok-pokok di tepi jalan kelihatan bergoyang menandakan angin agak kuat. Pembinaan di sebelah bangunan ku rancak berjalan. Ini membuktikan ekonomi kita masih kukuh dan pelabur masih mahu melabur di negara ini.

Hari ini aku diberitahu ruang pejabat di sekeliling kawasan ku semua habis dijual. Nampaknya, usaha majikan ku untuk meluaskan ruang pejabat ini mungkin tidak kesampaian. Nampaknya, kita semua terpaksa bersempit sementara menunggu keputusan majikan untuk berpindah ke kawasan yang lebih luas.

Dari tingkap di tempat aku berkerja, aku lihat kenderaan berpusu-pusu dan suasana amat aman sekali. Ada orang berjalan kaki, ada sedang menunggu bas. Tiada perasaan takut pun di wajah mereka.

Keseluruhan negara secara amannya memang aman, tetapi akhir-akhir ini terdapat sedikit ketegangan kerana berlaku insiden menembak di beberapa tempat di negara ini.

Macam-macam andian dibuat. Ada yang menyalahkan Kerajaan menghapuskan undang-undang pecegahan jenayah seperti ISA dan EO. Ada marah kat polis kerana membiarkan kejadian itu berleluasa.

Pasukan Polis Perlu Imej Baru


Ada pihak meminta diletakkan lebih ramai anggota polis di jalan-jalan di sekitar kawasan orang ramai.  Mungkin benar juga. Dulu, ramai juga anggota polis dilihat berjalan-jalan di sekitar bandar. Kini hampir tidak kelihatan langsung.

Yang sering kita dengar ialah usaha memasang kamera CCTV. Apa gunanya? Kamera tersebut hanya dapat merakam sahaja. Penjenayah pun dah pandai untuk tidak mudah dikesan walaupun dirakam oleh kamera terbabit. Mereka menutup muka, menggunakan plat nombor palsu dan sebagainya.

Mengapa susah sangat nak suruh polis berjalan-jalan di kawasan seperti Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, kawasan Brickfield, Petaling Street dan lain-lain lagi.

Apa, cuaca terlalu panas ke? Atau mungkin ada kajian yang dibuat menunjukkan kehadiran polis di tempat awam tidak membendung gejala jenayah?

Selain dari itu, mungkin PDRM atau Polis Di Raja Malaysia perlu membuat beberapa perubahan, terutama melatih anggota supaya bersikap lebih mesra dengan orang ramai.

Kita jarang melihat pegawai polis yang senyum bila berjumpa dengan orang ramai. Tidak semestinya senyuman itu menyebabkan penjenayah hilang takut kepada pihak polis.

Orang ramai akan bersedia memberi kerjasama sekiranya mereka merasa selesa dengan pihak polis yang lebih mesra.






No comments:

Post a Comment