Monday, 24 September 2012
KEMPEN ALA PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA
AKHIR ini, Anwar kelihatan meniru gaya calun Presiden Amerika berkempen! Apapun gaya mesti ada. Itu gamaknya pemikiran penasihat utama PKR dalam usahanya berkempen walaupun pilihanraya umum belum lagi di adakan. Semenjak March 2008, Anwar dan pemimpin DAP serta PAS terus berkempen. Tempo kempen mereka kelihatan seperti tarikh pilihanraya sudah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib.
Mula-mula, digunakan kereta, pesawat komersial. Sekarang, naik bas mewah dua tingkat keluar kampung masuk kampung. Baru-baru ini nak pesawat persendirian katanya milik kawannya. Kaya juga kawan Anwar yang empunya pesawat itu. Siapa dia? Memang ramai yang kaya, tetapi tidak ramai yang ada pesawat sendiri. Kalau mampu memiliki pesawat sendiri, mesti kaya gila.
Hebat juga Anwar ni. Sebelum dia menjadi pembangkang. Pemimpin pembangkang lain tidak pernah dapat merasa naik pesawat peribadi untuk pergi berkempen. Keadaan sekarang sudah berubah. Mereka dapat rasa perubahan yang nyata semenjak Anwar jadi ketua.
Anwar pun bukan calang orang. Walaupun tidak berniaga secara besar-besaran dan merupakan seorang ahli politik dan jawatan tertinggi yang pernah dipegang ialah Timbalan Perdana Menteri, dia kelihatan seperti orang kaya. Dikatakan belliau duduk rumah mewah, naik pesawat klas bisnes atau pertama. Kereta mewah. Mana datang duit ini. Adakah dia juga dapat derma atau sumbangan dari pihak luar negara? Tidak kut, dia ni cukup amanah dan jujur. Dia tidak menyalah guna kedudukan semasa berada dalam kerajaan.
Tuduhan yang mengatakan bahawa beliau tidak jujur adalah mainan politik sahaja. Anwar ini, kesayangan Nik Aziz. Mustahil Tuan Guru boleh suka padanya sekiranya dia ini mengamalkan rasuah atau tidak amanah.
Cuma kita hairan bagaimana dengan perbelanjaan yang begitu besar dalam menjalankan kempen politik sejak 2008 hingga kini, kedudukan kewangan dia tidak terjejas langsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment