Friday, 21 September 2012
TIADA MAAF BUAT NGEH
KEBIADAPAN Ngeh terhadap penentangan orang Islam ke atas golongan menghina Rasullullah (SAW) tidak boleh dimaafkan kerana Ngeh berbuat demikian kerana dia takut orang Melayu tidak kira dalam mana-mana parti politik akan bersatu disebabkan isu ini.
Maka dia meminta orang Melayu jangan bersatu dan sebaliknya terus berpecah supaya undi Melayu kekal pecah dan undi Cina terus kukuh. DAP begitu yakin pengundi Cina akan hanya menyokong parti yang baik dengannya sahaja walaupun parti PAS sekalipun. Orang Cina, walaupun mereka takut hukum Hudud dilaksanakan di negara ini, mereka sanggup menyokong PAS. Ini pandangan DAP yang begitu yakin dengan sokongan bulat pengundi Cina dalam PRU13 nanti.
Bagi DAP, parti itu yakin dapat, buat pertama kali dalam sejarah negara, dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya dari Barisan Nasional. Ini kerana mereka yakin penuh memenangi semua kerusi di mana peratus undi Cina melebihi 50 peratus. Bagi DAP, undi Melayu akan pecah dan ini menyebabkan mana-mana calun parti dalam Pakatan Rakyat akan mendapat majoriti.
Sebagai contoh, sekiranya Melayu ada 60 peratus dalam satu kawasan parlimen yang ditandingi calun BN (UMNO) dan PAS. Undi Melayu akan pergi ke BN (UMNO) 40 peratus dan PAS 20 peratus. 40 peratus undi bukan Melayu terutama pengundi Cina akan pergi ke PAS. Dengan itu calun PAS akan memperolehi 60 peratus undi dan menang. Begitu juga di kawasan bandar di mana calun DAP akan menang disebabkan undi Melayu pecah dan separuh dari undi Melayu akan pergi ke DAP.
Bantahan umat Islam terhadap filem yang menghina Rasullullah mengejutkan DAP kerana kelihatan umat Islam tidak kira daripada UMNO, PAS, PKR dan lain-lain parti sanggup bersama. Mereka amat bimbang, kesatuan orang Melayu ini jika berterusan boleh mengancam usaha DAP mahu berkuasa di negara ini.
Orang Melayu sesungguhnya memang bijak dan halus gerak mereka. Mereka selama ini tidak pernah termakan pujuk rayu DAP atau mana-mana parti pembangkang. Bagi orang Melayu, mereka percaya dengan kepimpinan yang ada iaitu UMNO kerana lebih 55 tahun dibawah pemerintahan UMNO dan BN, nasib orang Melayu banyak berubah.
Bumi di pijak milik sendiri. Orang Melayu tidak akan izinkan orang lain memiliki bumi mereka. Sebab itu lah orang Melayu akan kekal bersama BN. Melihat kesatuan orang Melayu yang kukuh, orang lain termasuk Cina dan India akan terus bersama dengan BN. Mereka juga tidak mahu menang sorak kampung tergadai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment