Thursday, 25 October 2012

SEGALANYA BURUK DI BAWAH BN

Pelawat asing akan ingat Kuala Lumpur kelihatan seperti digambar sebelah dibawah pemerintahan BN setelah mendengar atau membaca kenyataan pemimpin Pakatan


Pelawat yang same akan bingung dan keliru melihat Kuala Lumpur sebenar dibawah kepimpinan BN dan bukan seperti yang digambarkan oleo pimpinan Pakatan








PELAWAT asing datang ke Malaysia selepas mendengar ucapan atau membaca
kenyataan pemimpin serta tokong sorak PKR, DAP, PAS mereka akan terasa amat keliru dan bingung bila melihat keadaan sebenar negara kita.

Mengapa tidaknya, rata-rata politikus dari Pakatan Rakyat memberi gambaran terburuk mengenai negara ini seolah-olah Malaysia berada setaraf dengan negara mundur dan miskin yang terdapat di beberapa benua di dunia ini. Kononnya, berbilion ringgit dibawa lari secara haram, korupsi berleluasa, rakyat miskin terabai, tiada pertumbuhan ekonomi dan lain-lain tuduhan negatif. Semua ini berlaku dibawah kepimpinan Barisan Nasional.

Sebaliknya, pelawat asing akan melihat sebuah negara yang pesat membangun, kemudahan awam bertaraf dunia tersedia di mana-manaa, rakyat yang sentiasa memenuhi gedung-gedung besar membeli belah dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Pemimpin Pakatan bertindak seperti seorang yang mabuk kekal dengan merapu tidak henti-henti. Dari mulut mereka tersembur perkataan-perkataan buruk dan menghina semua usaha yang dijalankan oleh Kerajaan BN. Tetapi kita semua tahu, orang ramai tidak ambil perduli tentang kenyataan mereka. Seperti biasa, kita hanya tersenyum apabila melihat pemabuk kekal merapu seorang diri dan tidak mengambil kisah.

Yang lebih buruk lagi apabila pemimpin seperti Anwar yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang hampir-hampir menjahamankan ekonomi negara semasa negara dilanda krisis kewangan pada tahun 1990an cuba yakinkan pengundi kononnya Pakatan akan dapat melonjakkan ekonomi negara sekiranya diberi kuasa. Sedangkan kita masih ingat bagaimana berapa dasar yang diperkenalkann Anwar ketika itu telah membawa kemusnahan kepada ramai usahawan. Syarikat golong tikar dan usahawan menjadi muflis. Selain itu ribuan orang hilang perkerjaan kerana dasar kewangan Anwar. Ini semua sejarah dan mereka yang menjadi mangsa kepada Anwar masih tidak memaafkannya.

Ada juga beberapa penyokong Anwar yang mengatakan dengan penuh semangat bahawa dasar IMF telah membawa perubahan besar kepada Thailand dan Korea Selatan. Kedua-dua negara tersebut kini telah pulih dan ekonomi mereka berkembang dengan lebih pesat.

Bagaimanapun, mereka sudah lupa. Kebanyakkan perniagaan di negara-negara tersebut tidak lagi dimiliki oleh rakyat mereka. Sebaliknya banyak sudah jatuh ke tangan asing. Teringat penulis kepada senikata lagu Warisan yang antara liriknya ialah "...Bumi dipijak milik orang.."

No comments:

Post a Comment