Tuesday, 9 October 2012

TOLAK ANWAR UNTUK SELAMATKAN NEGARA

JANGAN tertipu dengan Anwar. Dia kini berceramah merata tempat menuduh Kerajaan BN membazir wang rakyat. Yang sebenarnya, Anwar merupakan bekas pemimpin Kerajaan yang paling kuat membazir wang rakyat semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Malahan dia mengamal kronyisme secara berleluasa dengan memberi saham-saham kepada kawan dan keluarga. Dia banyak membazir wang rakyat untuk memastikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba berhenti dari jawatan itu. Ramai penyokong dibeli bagi tujuan tersebut. Anwar tanpa segan silu memastikan penyokongnya diberi wang yang banyak untuk membantu jatuhkan Ghafar. Anehnya, anak Ghafar Tamrin menyalahkan Dr Mahathir pula. Anwar banyak guna duit untuk membeli sokongan di Sabah. Semua orang tahu. Hanya golongan muda tidak tahu perkara ini. Mereka tidak didedahkan dengan perbuatan jahat Anwar yang sanggup gadai negara semata-mata gilakan jawatan Perdana Menteri. Anwar zahirkan kata-kata seolah-olah dia begitu prihatin dengan nasib rakyat. Malangnya, dia seorang yang tidak memikirkan kepentingan dan nasib rakyat. Rakyat nak pecah kepala atau apa-apapun itu dia tidak perduli. Yang penting bagi Anwar, apa yang dihendak dicapainya. Malang bagi negara ini kerana terdapat manusia seperti Anwar. Mujurlah dia tidak dapat kehendak hatinya. Orang Melayu rata-tata tidak mahu dengannya. Yang masih terpedaya adalah golongan bukan Melayu yang menyokong DAP. Mereka mahu lihat DAP memerintah negara dengan menggunakan Anwar sebagai keldai. Anwar tidak boleh buat apa-apa tanpa DAP. Maka dengan itu, Anwar paksa PAS menerima DAP. PAS tanpa Anwar tidak akan dapat berkembang sayap lebih dari Kelantan. PAS tahu orang Melayu tidak menyokongnya. Mereka perlu undi bukan Melayu. Jika terpaksa korbankan penubuhan negara Islam mereka sanggup.

No comments:

Post a Comment