PAS dah gila! Sebuah parti politik yang mengaku perjuanganya berlandaskan ajaran Islam sanggup membenarkan bukan Islam menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka dalam Bible versi Bahasa Malaysia!
Presiden PAS sendiri bersama pemimpin PKR Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kehendak golongan bukan Islam terutama puak Kristian menggunakan perkataan Allah dalam Bible mereka sedangkan Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang hanya duduk diam membiarkan dua Melayu bodoh memperbodohkan diri mereka dan parti mereka.
Walaupun Nik Aziz tidak hadir, tetapi belum dalam suatu kenyataan pada hari yang sama bersetuju dengan pandangan Hadi dan Anwar. Nasihat Sultan Selangor pun mereka tidak lagi endah. Tahniah PAS dan PKR kerana terang-terang memperkecilkan peranan Raja sebagai Ketua Agama Negeri.
Nik Aziz berani berbuat demikian kerana penyokongnya sangat-sangat percaya kepada beliau walaupun ulama-ulama besar dunia pernah mengkatakan pandangan seperti yang dikeluarkan bertentangan dengan Islam.
Kerana gila sangat nak memerintah negara, dua orang Melayu ini bersedia melakukan apa sahaja termasuk, menginkari arahan Sultan semata-mata nak mendapat undi orang bukan Melayu dalam pilihan raya umum yang bakal di adakan tidak beberapa lama lagi.
Persoalannya sekarang adakah majoriti rakyat yang terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam akan berdiam diri, menyokong Hadi dan Anwar dalam hal ini? Atau orang Melayu akan memberi suatu pengajaran yang jelas agar tidak ada lagi orang Melayu yang sanggup menjadi bangsat semata-mata untuk memenangi pilihanraya.
Seharusnya orang Melayu mengajar mereka dan sesiapa pun di masa akan datang jangan sesekali memperdagangkan agama untuk meraih undi.
No comments:
Post a Comment