Monday, 8 April 2013

TAK AKAN POKOK PISANG BERBUAH DUA KALI

Apakah Pakatan mengharap pokok pisang berbuah dua kali?


Melihat pelancaran aku janji BN di kaca mata tv3 baru-baru ini, ramai yang yakin Najib telah memenangi hati pengundi atas pagar. Rata-rata golongan atas pagar dapat menerima aku janji BN yang memang berasaskan realiti dan bukan impian atau mimpi indah sahaja.

Bagi mereka, aku janji BN sekiranya di beri mandat dengan majoriti lebih besar daripada PRU12, akan membawa perubahan yang amat positif kepada negara dan rakyat pasti dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari apa yang mereka kecapi sekarang.

Najib memang terkenal sebagai seorang pemimpin yang sentiasa menunaikan janji yang dibuat beliau kepada rakyat. Bagi Najib, dia tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditunaikan oleh Kerajaan BN berbanding dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar. Anwar sentiasa berjanji tetapi janji janji tersebut tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang diperintah Pakatan. Sebaliknya Pakatan sering salahkan BN bila mereka dikritik kerana tidak menunaikan janji.

Malahan, ada suara daripada kalangan pemimpin Pakatan yang menyatakan bahwa janji manifesto mereka bukanlah janji dan tidak perlu ditunaikan. Jadi kalau bukan janji mengapa beritahu rakyat yang mereka hendak buat itu dan ini sekiranya diberi kuasa memerintah. Dan bila kuasa telah diberi, Kerajaan Negeri Pakatan tidak melaksanakan janji-jani itu! Terang-terang mereka berbohong kepada rakyat. Dan untuk PRU 13, mereka melakukan pembohongan yang lebih besar dan tindakan mereka seperti mengharap pokok pisang berbuah dua kali.


Dalam PRU 12, rakyat ditipu. Rakyat tidak lupa dan tidak akan memaafkan mereka yang menipu. Dalam PRU 13, rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak lagi akan membenarkan diri mereka ditipu kali kedua oleh janji manis dalam manifesto Pakatan. Rakyat tahu tidak guna memberi mandat kepada Pakatan kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri dan bukan rakyat Malaysia.

Light sahaja apa yang mereka lakukan sejak 2008. Wakil-wakil rakyat Pakatan bertambah kaya. Dari kereta biasa kini membawa kereta mewah, bukan sebiji pulak tu. Boleh beli bas, pajak kapal terbang jet peribadi untuk pergi ceramah-ceramah di seluruh negara. Kedudukan rakyat di Selangor bertambah susah. Sejak berada dibawah pemerentahan Pakatan, air paip bertambah kurang, maksiat menjadi-jadi. Di Pulau Pinang pula ramai rakyat susah tidak dapat memiliki rumah. Kerajaan DAP tidak ada niat nak bina rumah murah. Bagi mereka lebih baik buat rumah mewah dan dapat hasil yang lagi lumayan. Rakyat miskin bukan tanggungjawab Kerajaan DAP.

Di Kelantan, air dari tidak berwarna menjadi karat. Dan sungai kelantan yang begitu jernih dah jadi seperti teh tarik. Alam sekitar rosak teruk di Kelantan dan Kedah.

Rakyat pasti tidak akan benarkan perkara ini berterusan!

No comments:

Post a Comment