Wednesday, 10 April 2013

MENGAPA PAKATAN KALAH....




WALAUPUN tarikh pilihanraya umum belum diumumkan (ketika rencana ini ditulis), namun tanda jelas akan kekalahan Pakatan sudah terserlah gara-gara ketiga pemimpin tertinggi parti yang bernaung dibawa gabungan tidak rasmi bernama Pakatan Rakyat tetapi tidak dapat mengawal naifs masing-masing akhir-akhir ini.

Mula-mula Anwar gertak BN kononnya nak bertanding di Perak dan bersedia meninggalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh. Dia cuba menunjukkan dia begitu yakin dengan pengundi Perak akan bersama Pakatan dan memberi gambaran seolah-olah di akan bertanding di Perak dan kemungkinan besar di Parlimen Tanjung Malim. Bagaimanapun, dia cakap tak jadi pulak kerana tidak mahu menghampakan pengundi Permatang Pauh yang begitu setia dengannya. Pengumuman beliau disambut dengan gelak ketawa satu negara yang sudah biasa dengan Anwar dan tipu helahnya.

Kemudian timbul pulak cerita isteri Anwar Dr Azizah nak bertanding di dewan undangan negeri Selangor dan sekiranya menang mungkin di lantik sebagai Menteri Besar wanita Pertama di negeri itu. Anwar dan Azmin, kemudian kata Azizah tidak bertanding. Nurul, anak Anwar kata ibunya akan bertanding pulak. Lagi rakyat satu negara ketawa besar. lawak Anwar dan PKR dah naik taraf dari raja lawak kepada maharaja lawak.

DAP pulak kata Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. DAP nak tunjuk Cina Johor yang begitu kuat menyokong MCA dan BN akan berpaling tadah dan menyokong dia pulak. Tetapi Kit Siang ambik kerusi PKR sampai Jui Meng kecik hati. Kita tunggu dan lihat. Mungkin Kit Siang akan juga ikut perbuatan Anwar dan kembali ke Ipoh Timur atau kerusi selamat beliau di Melaka. Sandiwara DAP ini sudah diketahui umum, cubaan nak menakut-nakut pihak lawan tak menjadi. Dengar khabar Ghani, Menteri Besar Johor sedia menentang beliau di Gelang Patah. Kita sama-sama tenguk.

PAS pun begitu yakin dengan pengundi Melayu Johor akan berpaling tadah menyokong parti itu dengan meletakkan pempimpin kanan seperti Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor. Tetapi selagi sebelum hari penamaan calun, jangan dok percaya sangat. Saat-saat akhir akan keluar kenyataan bodoh mengapa tak jadi bertanding disuatu kawasan. Husam pun akan tinggalkan parlimen Kubang Kerian dan nak lawan di Putrajaya. BN kata silakan.

Nampaknya ketiga pemimpin parti dalam Pakatan ini rata-rata dan ketandusan ide untuk memenangi pilihanraya. Parti PAS, PKR dan DAP tiada calun-calun baru. Pemimpin lama yang befikiran lama juga dicalunkan. Walaupun mereka gah dengan kenyataan ramai golongan professional menyertai parti itu, golongan yang sama juga yang nak dijadikan wakil rakyat. Tiada perubahan walaupun mereka suruh rakyat ubah. Yang akan menjadi calun adalah anak beranak, saudara mara dan kroni mereka.


Semoga rakyat buka mata dan tolak mereka

No comments:

Post a Comment