Tuesday, 7 May 2013

BN TERUS BERKUASA

SEPERTI diramalkan oleh penulis, BN terus mendapat mandat memerintah negara. Keputusan PRU 13 memihak kepada BN walaupun Pakatan Rakyat begitu agresif sekali memberi tentangan hebat. Janji-janji manis pembangkang seperti menghapuskan PPTN, tol, harga kereta murah dan menurunkan harga minyak tidak dapat menarik pengundi. Ini memang dah dijangka. Pakatan banyak buat janji PRU12 tetapi tidak tunaikan. Itu sebab kali ini, pengundi tidak mudah terpengaruh.

Namun begitu, usaha BN untuk menawan Selangor gagal. Bila dikaji secara rambang, Pakatan kekal memerintah Selangor kerana beberapa faktor. Undi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina memberi sokongan kepada calon PAS dan PKR walaupun mereka Melayu. Pada masa yang sama, BN Selangor tidak kelihatan mempunyai pemimpin kuat dan terlalu bergantung kepada Dato Najib. UMNO Selangor perlu ada pemimpin yang berpengaruh dan disegani rakyat seperti Dato Harun Idris.

Rakyat Selangor, terutama orang Melayu ramai masih setia dengan UMNO dan BN. Nasib mereka perlu terus dibela oleh Kerajaan BN memandangkan Kerajaan pimpinan Pakatan tidak akan memberi perhatian serius di kawasan yang dikuasai BN. Selain itu, pembangunan pesat perlu teruskan di Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak,''

No comments:

Post a Comment