Sunday, 2 December 2012
UNDI KU UNTUK BN
Datang PRU 13, undi ku akan diberi kepada Barisan Nasional.
Apabila Perdana Menteri merangkap Presiden Umno secara terang memohon maaf kepada rakyat di atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional, hati ini berkata: "Hebat manusia ini. Walaupun dia merupakan seorang paling berkuasa dia sanggup menyusun jari sepuluh meminta maaf kepada rakyat."
Inilah kepimpinan yang rakyat mahu. Sanggup berjanji atas nama Allah dan Rasulnya untuk memberi perkhidmatan sebaik-baiknya kepada rakyat tanpa mengira bangsa. Rakyat didahulukan dalam semua hal. Apa lagi yang kita mahu.
Sebaliknya, rakyat sudah tentu tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Dia tidak berjiwa rakyat. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Anwar lebih kelihatan seperti seorang yang beraja di mata dan bersultan di hati. Kita masih ingat betapa dia sentiasa memakai pakaian yang berjenama. Orang yang tidak berjiwa rakyat sahaja yang mementingkan diri sendiri dari rakyat.
Kita tahu bagaimana dia sanggup hasut rakyat untuk merusuh. Dan setelah berbuat demikian dia pulang ke rumah. Para pengikut menderita dia senang lenang di rumah bersama anak isteri.
Najib pula sanggup bersama rakyat, termasuk duduk di atas jalan raya bersama para penonton menonton pertandingan bola sepak. Dia sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat jelata. Inilah pemimpin yang sebenar.
Anwar pula pusing negara menaiki bas mewah pembelian Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Habis kampung dan bandar dia masuk menabur fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin BN terutama Najib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment