PAKATAN RAKYAT kelihatan amat terdesak akhir-akhir ini. Tipu helah makin giat dipergunakan mereka untuk menaman kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional terutama ke atas Perdana Menteri Dato Najib.
Tindakan ini terpaksa diambil kerana populariti Najib makin meningkat. Kepercayaan rakyat terhadap Najib semakin menebal dan ini dilihat oleh Pakatan sebagai ancaman besar. Semakin popular Najib semakin nipis peluang Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
Cemas dengan suasana ini, pemimpin Pakatan kini sedang berusaha keras mencari ruang untuk melancarkan perang propaganda memburukkan Najib. Harapan mereka dengan cara itu, rakyat akan membenci Najib dan menyokong Pakatan.
Yang ternyata usaha mereka gagal apabila terbongkar Anwar terbabit dalam menyuruh orang membuat fitnah terhadap Najib. Anwar menafikan tetapi ada satu video yang diedarkan dalam blog dimana orang itu mengatakan Anwar terbabit.
Kejayaan Najib mengerakkan jentera UMNO dan Barisan Nasional untuk menghadapi PRU 13 juga menakutkan Pakatan. Pelbagai cara, termasuk menggunakan blog pro pakatan untuk menabur fitnah bahawa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini hambar dan tidak memberangsangkan.
Sebenarnya, Pakatan takut. Perubahan besar dalam UMNO dan kesatuan bulat ahli UMNO dan kesediaan parti itu menghadapi pilihanraya umum akan datang amat menakutkan Pakatan. Ini kerana mereka tidak menyangkakan bahawa Najib boleh menguatkan UMNO kembali dalam masa begitu singkat sekali. Kepercayaan ahli UMNO kepada Najib juga membuat Pakatan gabra. Nampaknya, usaha mereka selama untuk memecahbelah UMNO tidak berjaya.
UMNO dan BN kini kelihatan lebih kuat dan teguh. Kerjasama erat antara pemimpin BN jelas tidak disenangi Pakatan. Mereka tidak menyangka sama sekali pemimpin BN begitu setia kepada Najib. Malahan, orang Cina turut menerima kepimpinan Najib sebagai pemimpin negara yang bertindak adil dan saksama.
Anwar dan lain lain pemimpin Pakatan semakin terdesak. Dan mereka akan terus membuat kesilapan demi kesilapan sehingga rakyat tidak lagi menghormati mereka.
No comments:
Post a Comment