Monday, 10 December 2012

GOLONGAN MENENGAH MELAYU MARAH KAT BN

TERDENGAR perbualan antara golongan menengah melayu di sebuah cafe mewah dalam satu shopping complex mewah di Kuala Lumpur..."The middle class Malays are pissed off with Barisan...."

Tersentak penulis seketika. Dan kerana ingin sangat tahu mengapa mereka begitu marah dengan BN, terpaksalah diaju soalan "Mengapa marah kat BN?".

Beberapa orang di meja tersebut tergamam dengan soalan itu. Tidak menjawab dan sebaliknya menoleh sama sendiri.

Terus soalan lain ditanya..."Awak ada kerugian apa-apa ke semenjak BN pemerintah? Gaji menurun? Kemudahan asas tidak dapat? Anak-anak awak tidak dapat pinjaman PPTN?" Kerajaan naikkan cukai mendadak? Harga minyak petrol naik mendadak sampai dah tak mampu bawa kereta lagi."

Mendengar soalan-soalan itu, mereka ketawa! Rupa-rupanya mereka marah sebab dengar kawan-kawan mereka marah kat BN. Sebab marah? Tak tanya pula, kata mereka.

Ada seorang dari mereka bertanya kepada penulis, Syed Mokhtar dapat segalanya. Penulis jawab....daripada 20 orang terkaya di Malaysia ada satu saja Melayu kaya. Mengapa tidak tanya bab 19 orang terkaya bukan Melayu? Ramai daripada mereka dapat projek dari Kerajaan juga. Mendiang Lim Goh Tong tidak akan jadi kaya kalau tidak dapat lesen judi dari Kerajaan. YTL tidak akan kaya kalau tidak dapat projek hospital dari Kerajaan dan banyak lagi. Tentang Syed Mokhtar aja bising sedangkan yang lain tidak jadi persoalan.

Sepatutnya Melayu bangga dengan kejayaan Syed Mokhtar. Dia berjaya menjadi seorang tokoh korporat dan diberi kerpercayaan oleh Kerajaan. Mengapa kita nak doakan dia gagal? Kita patut doakan diterus berjaya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada puluhan ribu orang Melayu. Itu tidak termasuk pelbagai sumbangan yang diberikan kepada masyarakat termasuklah pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Kita jangan cepat terpengaruh dengan DAP. Parti itu tidak mahu melihat mana-mana Melayu berjaya. DAP hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina. Orang Melayu adalah masalah bagi mereka. UMNO adalah musuh terbesar DAP. Kerana UMNO orang Melayu dapat pelbagai kemudahan. Kehidupan orang Melayu di bandar dan luar bandar juga bertambah baik. Tapi UMNO ini adil. Orang Cina dan India juga dapat kemudahan dari Kerajaan pimpinan UMNO.



No comments:

Post a Comment