Monday, 17 December 2012

PENGUNDI AKUI SILAP TAPI DAH TERLAMBAT,..


TIGA tahun lalu, LDP yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara Jepun diturunkan dari berkuasa oleh rakyat Jepun. Rakyat Jepun mencuba nasib dengan memberi kuasa kepada Parti Demokratik Jepun pimpinan Perdana Menteri Yoshihiko Noda. Tapi setelah tiga tahun berkuasa, parti itu dipulau oleh pengundi dalam pilihanraya negara itu baru-baru ini.

Yang lebih memeranjatkan LDP dan rakannya New Komeito dijangka memperolehi lebih dua pertiga kerusi di Diet (Parlimen). Nampaknya, pengundi Jepun mengaku silap dalam membuat pilihan tiga tahun lalu. Kata-kata dan janji Parti Demokratik tidak tertunai dan kedudukan ekonomi negara tersebut tidak memberangsangkan sehingga rakyat Jepun hilang kepercayaan terhadap Noda.

Apa yang terjadi di Jepun harus menjadi pengajaran yang baik untuk pengundi di Malaysia. Mereka jangan mudah terdepaya dengan janji politik Pakatan Rakyat yang mudah menabur janji untuk memancing undi. Kita lihat apa yang terjadi di Jepun dan perkara tersebut tidak harus berlaku di negara kita.

Berbeza dengan Jepun, kedudukan ekonomi Malaysia kini amat kukuh dan pertumbuhan ekonomi turut memberangsangkan. Kita tidak mahu rakyat memperjudikan nasib dengan memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat menawan Putrajaya hanya untuk melihat negara ini menjadi mundur dan segala cita-cita untuk menjadi negara maju dalam masa tujuh tahun lagi gagal.

Beberapa penganalisa ekonomi begitu yakin bahawa negara akan terus maju di bawah BN tetapi dijangka akan mengalami kemunduran yang teruk sekiranya Pakatan memerintah. Ini kerana Pakatan tidak tahu memerintah dengan baik tetapi sebaliknya sentiasa sibuk berpolitik sehingga negeri-negeri dibawah permerintahannya tidak dapat berkembang dengan maju.

Banyak masalah terjadi di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Kadar pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang meningkat kekurang dari dua peratus sedangkan ekonomi negara meingkat 5 peratus. Di Selangor, banyak masalah sosial timbul terutama bercambahnya pusat pusat maksiat secara haram. Mengapa ini terjadi semua orang tahu. Menteri Besarnya walaupun seorang Melayu, takut kepada exconya yang berbangsa Cina.

Rakyat hendaklah tidak memperjudikan nasib mereka semata-mata kerana rasa ingin cuba dan jika tidak puas hati boleh undi BN kembali pada masa akan datang. Ini bukan percaturan politik yang bijak. Bila keadaan ekonomi merudum dan rakyat susah serta menderita selama 5 tahun, BN tidak dapat memulihkan ekonomi dengan segara. Seperti yang terjadi di Jepun, LDP akan terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk memulihkan ekonomi Jepun. Rakyat akan terus tersiksa dan menanggung kesusahan yang panjang.

Jangan biarkan ini terjadi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment