Wednesday, 8 May 2013
JANGAN DOK MERAPU....TERIMA HAKIKAT BN MENANG
133
30
38
21
AKHIR-AKHIR ini, penyokong Pakatan Rakyat dalam dunia media sedang berusaha keras meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional kalah dalam kemenangan.
Walaupun BN mendapat kerusi majoriti, hakikatnya rakyat Malaysia menolak BN dan lebih menyokong Pakatan. Dalam erti kata lain, undi kepada Pakatan secara keseluruhan lebih memihak kepada gabungan longgar itu berbanding BN.
Tetapi rakyat faham yang menang itu adalah parti yang memiliki kerusi majoriti, bukan gabungan undi terbanyak. Untuk menubuh kerajaan, parti yang menang ialah mereka yang mempunyai kerusi terbanyak dalam Parlimen, bukan undi terbanyak. Maka, alasan penganalisa politik yang condong kepada Pakatan kononnya Pakatan seharusnya diberi kemenangan dan mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mendapat undi popular tidak ada asas sama sekali. Maka nasib Pakatan adalah menang dalam kekalahan.
Apakah benar Pakatan mendapat undi Bangsa Malaysia? Atau trend undi di Malaysia tetap seperti dulu, ia itu undi bukan Melayu menjadi penentu di kawasan bandar? Apapun mereka kata, yang penting dan harus diingat ialah Pakatan terutama DAP berjaya meyakinkan pengundi Cina untuk tidak menyokong BN. Mereka diberitahu bahwa BN tidak bertindak adil terhadap masyarakat Cina dan hanya Pakatan dapat membetulkan ketidakadilan tersebut jika diberi kuasa.
Kempen tersebut bermula setelah terdapat kerjasama di antara Anwar, DAP dan PAS. Masyarakat Cina mula percaya dengan kempen tersebut dan tidak lagi mahu terikat dengan social contract yang dipersetujui oleh mereka yang memperjuangkan kemerdekaan negara terdahulu. Tindakan Anwar mengapi-api mereka agar membenci BN kononnya hanya mementingkan golongan tertentu dan memberi kekayaan kepada mereka yang disukai sahaja menyebabkan masyarakat Cina memarahi MCA dan Gerakan kerana tidak membantah.
Pada masa yang sama juga, MCA dan Gerakan berada di tahap yang lemah selepas PRU12. Malahan kedua-dua parti itu tidak dapat memperkuatkan kedudukan parti menjelang PRU13 dan terdapat perbalahan yang serius di antara pemimpin sehingga menyebabkan parti itu berpecah. Tidak terdapat apa-apa usaha untuk memulihkan parti itu secara serius. Hanya MIC yang berkerja keras untuk mengembalikan keyakinan masyarakat India menyokong parti itu.
Maka banyak kerusi di kawasan bandar yang dulu dimenangi BN melalui MCA tewas ditangan DAP, PKR dan PAS dalam pilihanraya kali ini. Ini kerana undi Melayu pecah dua dan undi bukan Melayu terutama undi Cina jadi penentu. Semenangnya pada PRU13 ini, undi Cina kebanyakkan pergi ke Pakatan. Kemenangan Pakatan di banyak kawasan bandar tidak ada kena mengena dengan undi Bangsa Malaysia, hakikatnya undi Cina yang memihak kepada Pakatan.
Sekiranya benar bangsa Malaysia undi Pakatan, maka kerusi parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa seharusnya juga jatuh ke Pakatan. Ini tidak berlaku kerana pengundi Melayu di kawasan tersebut adalah tinggi.
Janganlah ada usaha lagi untuk menyakinkan rakyat Pakatan masih relevan. PRU dah tamat. Tumpukan usaha untuk menunaikan janji kepada rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment