Tuesday, 7 May 2013

ANWAR TIDAK AKAN BERSARA....


APA nak dihairankan dengan tindakan Anwar Ibrahim untuk tidak mahu bersara dari politik walaupun berjanji berbuat demikian sekiranya Pakatan Rakyat gagal tawan Putrajaya.

Itu dah memang perangai Anwar. Dia ingat rakyat akan bersimpati dengan beliau dan terus menyokonnya. Ternyata dia tersasar dari landasan. b Hakikatnya Anwar tidak akan berhenti kerana nafsunya untuk mahu menjadi Perdana Menteri lebih tinggi dari Gunung Everest. Malah dia lebih rela memainkan peranan mengacau Kerajaan BN dari membiarkan Dato Najib meneruskan agenda meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik dengan aman.

Untuk terus relevan, Anwar dengan segara mencari alasan mengapa Pakatan kalah dan semua disalahkan beliau, termasuk SPR. Malahan, Pakatan telah menyebarkan berita kemenangan mereka sejam sebelum masa untuk mengundi tamat pada Ahad lalu. Untuk menutup malu selepas tahu Pakatan gagal tawan Putrajaya, Anwar tuduh SPR bertanggungjawab dengan kekalahan tersebut.


Dia tuduh BN bawa pengundi hantu dengan kapal terbang dari luar negara. Kalau dulu, pengundi hantu hanya orang tempatan. Kini Pengundi hantu adalah masyarakat antarabangsa. His lies have become bigger and bigger to the point the public asked whether this man has lost his senses. Malahan yang lebih teruk lagi, penyokong Pakatan yang bangang dan percaya dengan cerita karut Anwar telah bertindak membabi buta dan menghalau serta membelasah pengundi yang kelihatan seperti orang Bangladesh.

Anwar kena kerja keras beberapa hari ini untuk menyakinkan penyokong beliau bahawa dalam PRU13 ini Pakatan boleh menang tetapi kalah disebabkan terdapat penipuan. Maka, beliau dijangka akan menyusun perhimpunan demi perhimpunan membantah keputusan pilihanraya dan menyalahkan SPR. Kita biarkan dia buat perhimpunan tetapi jika melanggar undang-undang, tindakan tegas perlu diambil terutama apabila keselamatan awam terjejas.

Namun, bgai orang ramai, tuduhan Anwar ini bukan baru. Setiap kali Pakatan kalah dalam pilihanraya kecil setiap kali dia tuduh berlaku penipuan. Bila wakil Pakatan menang, dia diam seribu bahasa. Dia tidak salahkan SPR di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sebab Pakatan menang di negeri-negeri tersebut.

Tapi kita perlu tanya diri sendiri, sampai bila kita nak biarkan manusia bernama Anwar ini terus menipu orang ramai dengan memburukkan institusi Kerajaan? Cara untuk menamatkan pengaruh Anwar ialah dengan tidak lagi mempercayai apa yang beliau kata. Saya sarankan kita boikot Anwar dan mereka yang menyokongnya.

Anwar dan penyokongnya tidak menghormati keputusan rakyat. Kita sudah menunaikan tanggungjawab dan membuat pilihan masing-masing. Semua pihak terutama ahli politik perlu menghormati keputusan yang kita buat. Jangan buat kacau dan menjejaskan keamanan negara semata-mata untuk memuaskan nafsu sendiri.

Sekiranya perlu, pihak keselamatan mesti bertindak tegas dan mengambil tindakan sewajarnya agar kepentingan orang ramai yang terancam.

No comments:

Post a Comment