Bayangkan scenario ini....Tahun 2018 dan pilihanraya umum ke 14 baru sahaja selesai. BN dapat kembali dua pertiga majoriti di Parlimen dan semua negeri-negeri dimenangi BN termasuk Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
DAP, PAS dan PKR kalah teruk. Anwar telah lama tidak mengetuai Pakatan Rakyat kerana telah lama bersara dari politik selepas Pakatan gagal menguasai Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 13 lalu. Beliau kini menjadi pensyarah kanan sebuah universiti terulung di Amerika Syarikat.
BN dibawah Najib terus cermelang tetapi itu tidak penting. Dalam cerita ini yang menjadi watak utama adalah pengundi Melayu.
Pengundi Melayu buat pertama kali tidak berpecah dan sebaliknya bersatu memberi sokongan padu kepada calun-calun BN. Persoalan di sini, siapakah pengundi Melayu kali ini dan bagaimana mereka berubah. Adakah mereka ini sama dengan mereka yang mengundi pada PRU 13?
Mereka bukan lagi Melayu PRU 13. Mereka adalah Melayu yang dipupuk dan dididik menerusi pelbagai program "social engineering" oleh Kerajaan BN. Kerajaan, mulai Mei 2013 telah mengubal dasar mengubah orang Melayu menjadi bangsa pelbagai program yang dinamik, tabah, kuat dan rajin berusaha.
Program memperkukuhkan ekonomi orang Melayu ini menyebabkan ramai usahawan Melayu berjaya dan banyak syarikat milik orang Melayu dapat disenaraikan di pasaran saham KLSE. Hakikatnya, Kerajaan sedar kedudukan orang Melayu pada tahun 2013 adalah hanya ditahap memuaskan. Yang perlu dilaksanakan ialah program untuk menjadikan orang Melayu cemerlang.
Menyedari perkara ini, Kerajaan BN. Buat pertama kali pada tahun 2013, bertindak melantik profesional Melayu untuk mengetuai agensi-agensi kerajaan, terutama yang ditubuhkan untuk membantu menaikkan taraf hidup orang Melayu. Banyak tenaga mahir diambil bertugas untuk dijadikan instructor kepada orang Melayu yang menyertai pelbagai program pembangunan ekonomi. Bank-bank milik Kerajaan dan swasta turut dikerah memberi kerjasama memberi pinjaman kepada peniaga bumiputera menerusi tabung khas. Selain itu, bank-bank meletakkan pegawainya di syarikat yang mendapat pinjamannya membantu dalam bidang pengurusan. Kali ini, tindakan tegas di ambil terhadap bank yang tidak mematuhi arahan Kerajaan.
Selain itu, Kerajaan juga telah mengubah sistem pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja mahir. Universiti-universiti di arah memberi tumpuan kepada melahirkan graduan-graduan yang terlatih dalam bidang ekonomi, permasaran dan lain-lain yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Tenaga terlatih bergelar graduan diberi insentif berkerja dengan syarikat-syarikat yang menyertai progam bantuan Kerajaan.
Kerajaan juga membantu perniaga melayu dalam menceburi bidang-bidang baru menerusi usahasama dengan GLCs. GLCs juga diarah mengadakan skim incubator di mana graduan yang berminat untuk berniaga diberi peluang menyertai program tersebut. Mereka diberi bimbingan sehingga boleh berdikari.
Masalah sosial yang sering dihadapi orang Melayu bandar seperti mereka yang tinggal di flet-flet sempit juga dapat diatasi menerusi program perumahan mampu milik yang dibina dengan begitu pesat sekali. Pusat-pusat bandar baru bercambah di Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Johor yang lengkap dengan kemudahan moden dan mampu dimiliki oleh Bumiputera disediakan.
Pembangunana pesat turut dikecapi di Sabah dan Sarawak. Pelbagai pembangunan dilaksanakan dia kedua-dua negeri. Masyarakat luar bandar di negeri tersebut turut bantu untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka. Golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga ramai yang menceburi bidang perniagaan.
Kerana usaha keras BN selama 5 tahun, Malaysia diikitraf sebagai sebuah negara maju, dua tahun lebih awal dari yang dirancang. Dan buat pertama kali, peratus orang Melayu dan Bumiputera yang terbabit dalam perniagaan meingkat lebih daripada 30 peratus. kejayaan ini membolahkan kuasa membeli orang Melayu menjadi lebih tinggi. Orang Melayu pada masa ini tidak lagi memerlukan subsidi kerana mereka mampu hidup senang. Kali ini bantuan hanya diberikan kepada golongan miskin dan kurang upaya.
Memanglah terdapat pelbagai masalah yang dihadapi Kerajaan BN semasa memulakan program ini. Tetapi tidak sampai setahun, orang Melayu memahami tujuan kerajaan dan menerima dasar itu dengan rela. Walaupun usaha ini dlakukan untuk orang Melayu, Kerajaan tidak abaikan nasib orang bukan bumiputera. Pelabgai kemudahan juga diperkenalkan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan itu terutama orang India.
Usaha phak tertentu untuk mengagalkan rancangan kerajaan turut gagal kerana ditolak rakyat yang mahu melihat negara berubah kearah tahap lebih baik dibawah Kerajaan BN...
No comments:
Post a Comment