Tuesday 29 May 2012

MANTAN MB PERAK NIZAR DIMALUKAN RAJA

PADAN muka Nizar. Gara-gara nak jadi hero kepada penyokong DAP, Nizar dengan tidak segan silu, bertindak kurang ajar dan biadap sebiadapnya menuduh Sultan Johor membazir wang rakyat dengan pembelian plat nombor WWW 1. Bagaimanapun, Tengku Mahkota Johor menafikannya dan berkata, baginda serta ayahandanya tidak perlu guna wang pemberian Kerajaan Negeri yang diberi dalam bentuk gaji. Sebaliknya gaji baginda berdua dimasukkan dalam Yayasan untuk diberi dalam bentuk bantuan kepada rakyat Johor. Nizar, memang tak reti nak minta maaf dan tidak guna beliau berbuat demikian. Inilah sikap pemimpin PAS yang terang-terang biadap dengan Raja Melayu. Nik Aziz harus mencadangkan tindakan tegas diambil ke atas Nizar kerana beliau seorang yang taat kepada Raja terutama Sultan Kelantan.....

Thursday 24 May 2012

MENGAPA BN AKAN MENANG PRU13

KETOKOHAN Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan menjadi faktor utama pengundi memilih calun-calun Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang. Pengundi mahu BN dibawah pimpinan Najib terus berkuasa dan menjayakan semua rancangan ekonomi yang dimulakan sebaik beliau naik ke jawatan Perdana Menteri. Majoriti pengundi Melayu yang merajuk dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi kini kembali menyokong BN. Mereka merajuk dengan pentadbiran Abdullah yang gagal menjaga kepentingan rakyat terutama tindakan beliau menaikkan harga minyak begitu tinggi sekali. Ramai juga kontraktor Melayu golong tikar kerana tidak dapat projek Kerajaan sehingga beribu-ribu pekerja termasuk engineer-engineer Melayu menggangur. Kemarahan kakitangan Kerajaan yang tidak mendapat bonus juga menjadi faktor mengapa mereka tidak keluar pengundi atau memberi undi kepada pembangkang. Pembangkang juga berjaya mempengaruhi pengundi memfitnah Abdullah sebagai seorang Perdana Menteri lemah yang dikuasai oleh anak dan menantunya. Kini orang Melayu sedar. Kuasa yang diberi kepada pembangkang sehingga tumbang Kerajaan BN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang membawa banyak keburukkan kepada orang Melayu di negeri-negeri tersebut. Nasib mereka tidak dibela. Malahan kemudahan yang diperolehi semasa dibawah Kerajaan BN tidak lagi dinikmati. Orang Melayu tidak dibela. Malahan, pusat-pusat maksiat bercambah di negeri Selangor sehingga tidak terkawal. Pihak berkuasa tempatan kelihatan seolah-olah tidak berkuasa menghentikan operasi haram ini. Masalah air di Selangor kian bertambah buruk. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dilihat bertindak mementingkan diri daripada rakyat Selangor. Orang Melayu juga marah dengan DAP terutama terhadap Ketua Menterinya Lim Guan Eng yang gagal membela nasib peniaga kecil Melayu dan Islam di pulau Mutiara itu. Perbalahan beliau dengan Tunku Aziz naib pengerusi DAP sehingga Tunku keluar dari parti juga memberi gambaran DAP seolah-olah tidak boleh menerima teguran walaupun daripada ahlinya atau pemimpinnya sendiri. Faktor Dr Mahathir juga penting. Orang Melayu amat sayang kepada Dr Mahathir. Jasanya semasa menjadi Perdana Menteri amat besar dan tidak terbalas. Nama negara amat harum semasa pemerintahan beliau. Sebagai pemimpin Dr Mahathir disanjungi bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat negara luar, terutama negara-negara jiran dan Islam. Sokongan Dr Mahathir kepada Najib sebagai Perdana Menteri amat bermakna dan rakyat yang menyayangi beliau akan memberi sokongan kepada Najib. Memang banyak lagi faktor yang ada mengapa BN boleh memenangi PRU13. Tetapi yang diterangkan sudah cukup.

Friday 11 May 2012

KALAU SAYANGKAN UMNO

SEKIRANYA ahli Umno benar-benar sayangkan parti, nasihat saya berubahlah. Jangan berdiam diri dan menyerahkan nasib parti kepada orang lain. Setiap ahli UMNO bertanggung-jawab berkerja keras memastikan parti terus diterima masyarakat terutama orang Melayu sebagai sebuat parti politik yang mereka boleh bergantung harap untuk memperjuangkan nasib semua orang Melayu di negara ini. Usaha perlu dibuat bagi membantu UMNO membersihkan senarai ahlinya daripada mereka yang hanya menyertai parti kerana mahu mencari kedudukan dan kekayaan. Puak ini sertai UMNO kerana hendak mencari permit, projek dan jawatan penting dalam kerajaan. Bila tidak lagi dapat berbuat demikian mereka bertindak memburukkan parti dan menyertai pembangkang. Sejarah parti telah menunjukkan ada yang sanggup menipu dan memfitnah parti semata-mata untuk mencari peluang untuk menjadi calun wakil rakyat dari parti pembangkang. Ahli UMNO hendaklah melihat dikalangan mereka termasuk barisan kepimpinan parti yang ada samada di peringkat Majlis Tertinggi, Negeri, Bahagian dan Cawangan wajar terus diberi sokongan kerana berjuang dengan ikhlas atau diganti dengan barisan kepimipinan baru kerana sudah tidak lagi relevan. Perkara ini amat membimbangkan kerana terdapat ahli UMNO terutama golongan muda yang merasakan sudah tiba masanya untuk mengajar golongan yang penting diri sendiri dengan mengundi pembangkang! Bagi golongan muda ini, mereka yang tidak ikhlas dengan perjuangan UMNO akan segara keluar parti apabila Barisan Nasional kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang. Sekiranya ini benar, barisan pimpinan UMNO dan Kerajaan perlu mengambil tindakan segara dengan memperbetulkan keadaan tersebut. Pemimpin UMNO perlu segara turun ke akar umbi, berbicara sama golongan muda dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak perlu mengundi pembangkang semata-mata untuk mengajar UMNO. UMNO akan bertindak sendiri dengan cepat bagi memastikan pemimpin yang tamak, penting diri sendiri dan tidak lagi popular digugurkan dari jawatan mereka.

Friday 4 May 2012

JANGAN ZALIM KEPADA PENGIKUT

MELIHAT kekecohan yang berlaku semasa Himpunan Bersih 3.0 dalam akhbar, TV dan Online, datang suatu perasaan kecewa menyelubungi diri Orang Ketiga (OK). Bagi OK, kekecohan itu tercetus kerena ianya memang sudah dirancang. Kita tahu siapa mereka yang terbabit. Golongan yang pandai membaling batu dan sembunyi tangan ini jelas tidak menghiraukan keselematan mereka yang menyertai himpunan tersebut termasuklah kanak-kanak. Pengikut termasuk kanak-kanak digunakan sebagai human shields bagi menyekat pihak Polis dari bertindak. Awal-awal lagi amaran demi amaran dikeluarkan agar perhimpunan tersebut di adakan di tempat yang lebih selamat dan bukan di Dataran Merdeka. Nampun pemimpin Bersih 3.0 berkeras dan enggan berganjak dari keputusan itu sehingga suatu perintah mahkamah diambil melarang sesiapa daripada memasuki kawasan Dataran Merdeka. Sebaliknya penganjur memilih untuk berhimpun secara aman disekitar kawasan berhampiran Dataran Merdeka. Kononnya, mereka tidak sempat mengubah rancangan untuk memberitahu penyokong pergi ke salah satu Stadium yang ditawarkan untuk mengadakan himpunan tersebut. Muslihat sebenarnya semua orang tahu dan ini terbukti apabila beberapa perserta Bersih 3.0 bertindak melanggar perintah mahkamah dan cuba memasuki kawasan Dataran yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Kita juga tahu, mereka berbuat demikian setelah menerima arahan daripada Penasihat PKR Saudara Anwar walaupun dia cuba nafi berbuat demikian keesokan hari. Semua orang tahu tindakan melanggar perintah mahkamah mengundang tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Dan ini yang Anwar mahu. OK kecewa kerana Anwar tidak memperdulikan nasib orang ramai termasuk kanak-kanak yang terkena semburan air dan gas pemedih mata. Malah Anwar dan pengikutnya lari dulu dan meninggalkan peserta Bersih 3.0 menjadi mangsa. Beginilah sikap pemimpin yang dianggap penting diri sendiri dan tidak iklas dalam perjuangan. Beliau tidak peduli nasib rakyat dan hanya memikiran diri sendiri. Pada masa yang sama, orang ramai yang terpedaya dengan dakyah pemimpin seperti Anwar menerima padah. Kita juga terkejut dengan pengakuan Menteri Besar Kelantan beri duit sendiri kepada penyokong PAS bagi menyertai perhimpunan itu. PAS dah memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya itu tidak bersih seperti yang didakwa, PAS tidak mungkin dapat kekal memerintah Kelantan sebegitu lama. Yang jelas bagi mereka yang jujur kepada diri sendiri, Bersih 3.0 hanya sandiwara pembangkang untuk membuat onar sahaja. Ramai golongan muda yang ikhlas berjuang ditipu.