Sunday 17 November 2013

PAKATAN READY TO TAKE OVER AFTER PRU 14?

Dear Di,

A quiet Sunday today for me. After a tiring week, this weekend is a blessing. I was earlier glued to the TV watching movie re-runs courtesy of Astro. Infact, I don't know why Astro saw it necessary to increase the subscription fee. I wonder if I can still opt for the old fee is I reject some of the new channels it offers to subscribers.

The kids have endeared themselves to the notebooks - playing computer games or surfing the Facebook. It is sad they no longer see the joy of going out of the house playing football at the playground or chitchatting with friends. 

Now I too have dedicated myself to the notebook locking my eyes on the MacBook Air screen. Went through my favourite blogs, online news and forums. After an hour of reading, I began to wonder why the Opposition is allowed to dominate the Malaysian cyberspace almost all the time since 2008. Let me make it clear I am not asking the Government to restrict or censure the Internet. What I want to see is the same agressiveness by the Government and Barisan Nasional in addressing the political issues via the main stream media. Least the Government forgets, there are millions of Malaysians and most are registered voters who look to the Net for information. For some reasons, they are not depending on the MSM to satisfy their needs to know what is going on around the country and the world.

Another negative but alarmingly dangerous situationvis observing BN component members and some UMNO leaders starting to questions and criticising publicly decisions made by the Government. Not that they can't do that but, there are channels established for these purposes. I wonder how Prime Minister and BN Chairman Dato Sri Najib Tun Razak can keep religiously quiet. How long can he maintain silence as more and more verbal attacks are made against the Government and on the PM himself.

Some quarters sarcastically mentioned that Najib's silence is made on the advice of his foreign consultants. They said billions were paid to the consultants and the best advice given to Najib is to keep quiet  as long as possible.

With all the happenings, BN supporters looked as if they are worried about the situation and want action to be taken. But until now, nothing seems to be done. They see the mighty coalition of 14 political parties is slowly but surely losing their popularity among voters and may see losing power for the first time in the next general election. On the other hand, the continued attack by DAP, PAS and PKR against BN and the Government are causing serious cracks to the BN support as more hardcore supporters are starting the believe in the Opposition's propaganda.

The Opposition and their supporters are further enbolden by the elegance silence of BN leaders, including the Prime Minister to launch their "drones". Their cybertroopers spew lies upon lies daily. Yet the Government choose to keep quiet. Legal actions are rare. Even the Prime Minister refused to take legal action despite being viciously attacked with lies.

Hence, the Opposition and their supporters feel that they are given a blank cheque to launch verbal abuse against the Government. They know they would not be stopped and the damage inflicted on BN is significant.




Friday 1 November 2013

SOKONGAN BN MEROSOT LAGI?


Salam Jummat Di,

Jalan sekitar Kuala Lumpur kelihatan tenang dan tiada kesesakkan sejak jam 8 pagi. Entah apa sebabnya tidaklah diketahui. Keadaan jauh berbeza dari petang semalam di mana semua jalan amat sesak ekoran hujan lebat dan kebakaran di Pantai Dalam. 

Kenderaan di atas Federal Highway bergerak amat perlahan. Ribuan kenderaan terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Mujurlah hari ini tenang dan membolehkan aku melayar dunia siber yang penuh dengan pelbagai maklumat dan berita terkini.

Aku baru sahaja melayar dalam dunia siber membaca pelbagai berita on line yang rata-rata memuatkan kenyataan daripada pemimpin pembangkang dan penganalisa politik yang menuduh Kerajaan dengan pelbagai kesalahan.

Setiap hari perkara ini dimuatkan mereka untuk dibaca oleh pelayar-pelayar siber. Maka, tidak hairanlah aku kalau ada yang mempercayai dakyah yang mereka siar. Tambahan pula, aku tenguk di pihak Kerajaan sentiasa kelihatan mendiam diri dengan tuduhan-tuduhan dan maki hamun pembangkang.

Mereka perlu lebih proaktif untuk memenangi hati rakyat


Mungkin ini, aku rasa, menguatkan kepercayaan orang ramai bahawa pihak pembangkang betul dan pihak Kerajaan terpaksa berdiam diri sahaja kerana kesalahan yang dilakukan sudah didedahkan.

Terasa aku nak bertanya kepada pemimpin Kerajaan termasuk Perdana Menteri mengapa dibiarkan keadaan begini. Dan sampai bila? Kerajaan kelihatan hanya menggunakan media utama seperti akhbar dan tv untuk memberitahu rakyat mengenai pelbagai program yang dibuat. Sebaliknya kehadiran mereka dalam dunia siber amat sedikit.

Perkara ini amat menyedihkan kerana rakyat kian hari kian tumpu kepada dunia siber samada mereka berada di pejabat, rumah atau di mana-mana. Perkembangan teknologi dengan adanya telfon pintar membolehkan maklumat sampai kepada mereka di mana sahaja mereka berada.

Aku tidak tahu mengapa Kerajaan tidak mengambil kesempatan untuk memenangi hati rakyat melalui internet.

Satu lagi persoalan ialah mengapa Kerajaan sentiasa kelihatan defensive. Sedangkan Kerajaan perlu proaktif dalam semua aspek. Kerajaan gagal menggunakan semua platform media yang ada untuk memberi penerangan yang sejelasnya mengenai dasar atau peraturan baru yang hendak diperkenalkan.

Sering kali, Kerajaan aku umumkan sesuatu rang undang-undang baru tanpa penjelasan yang luas. Orang ramai tidak memahami apa yang dibentangkan. Mengetahui keadaan ini, pembangkang mengambil kesempatan dan memberi pandangan negatif mereka terhadap perkara tersebut.  Rakyat percaya dengan pembangkang dan Kerajaan terus membisu.

Satu contoh ialah GST. 

Mereka membiarkan pihak penentang bermaharajalela dahulu menuduh dan memburukkan Kerajaan sewenang-wenangnya sehingga rakyat percaya dengan apa yang dikatakan. Mereka kata GST akan menyusahkan rakyat. 

Memang benarlah Kerajaan akan bertindak. Tapi tindakan mereka sentiasa lambat. Nasi dan jadi bubur! Mungkin kerana hendak memastikan persiapan yang lekap dalam menjawab segala pertuduhan, Kerajaan mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian. Pelbagai pihak akan dipanggil untuk membantu Kerajaan.

Akhirnya Kerajaan bertindak memberi penjelasan menerusi media utama. Pada masa itu rakyat dah tidak lagi minat dengan isu terbabit. Mereka sudah termakan hasutan pembangkang dan melihat Kerajaan sebagai pihak yang zalim dan tidak mementingkan rakyat.

Ini jelas apabila dalam PRU 13 lalu, orang Melayu bandar rata-rata  menyokong pembangkang dan membenci Kerajaan yang ada. Bagi mereka Kerajaan ini hanya dikuasai mereka yang menjaga kepentingan diri sendiri. 

Kesilapan ini nampaknya masih berterusan dan Kerajaan kelihatan tidak berusaha untuk mencari jalan mengatasi masalah ini. Akhir-akhir ini juga blog-blog yang menyokong Kerajaan BN turut bertindak lebih sebagai menyokong pembangkang.

Kritikan-kritikan keras dilemparkan terhadap Kerajaan dan pemimpin termasuk Perdana Menteri sendiri. Di pihak Kerajaan, mereka tidak nampak bertindak memperbetulkan keadaan. Entah mengapa, tidak sesiapa pun tahu.