Wednesday 26 September 2012

PENGUNDI MAHU NAJIB KEKAL PM?

WALAU apa pun usaha Anwar dan konconya untuk menawan Putrajaya, rasanya majoriti pengundi di negara ini belum bersedia memberi peluang tersebut kepada mereka kerana kepimpinan Najib Tun Razak masih disanjung tinggi. Memang tidak boleh dinafikan Najib semenjak memegang jawatan Perdana Menteri berkerja keras dengan membawa pelbagai perubahan dalam pentadbiran negara. Selain itu, usaha untuk memperkukuhkan ekonomi negara juga berjaya dan negara terus mencatat pertumbuhan ekonomi yang membanggakan. Perdana Menteri yang dibantu Menteri-Menteri Cabinet serta pegawai Kerajaan terus mengawal pembangunan negara dengan melaksakan pelbagai projek pembangunan di seluruh negara. Malahan di negeri yang diperintah DAP, PKR dan PAS turut dimajukan demi kepentingan rakyat. Memahami kesusahan yang dihadapi golongan berpendapatan rendah, pelbagai bantuan berupa wang ringgit turut diberikan kepada mereka bagi meringankan beban yang dihadapi. Begitu prihatin sekali Kerajaan dan ianya dibuat demi bangsa dan negara. Malahan mereka yang terang-terang tidak menyokong parti memerintah turut mendapat habuan yang sama. Ini semua dilihat dan dinilai rakyat.

Monday 24 September 2012

KEMPEN ALA PILIHANRAYA PRESIDEN AMERIKA

AKHIR ini, Anwar kelihatan meniru gaya calun Presiden Amerika berkempen! Apapun gaya mesti ada. Itu gamaknya pemikiran penasihat utama PKR dalam usahanya berkempen walaupun pilihanraya umum belum lagi di adakan. Semenjak March 2008, Anwar dan pemimpin DAP serta PAS terus berkempen. Tempo kempen mereka kelihatan seperti tarikh pilihanraya sudah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib. Mula-mula, digunakan kereta, pesawat komersial. Sekarang, naik bas mewah dua tingkat keluar kampung masuk kampung. Baru-baru ini nak pesawat persendirian katanya milik kawannya. Kaya juga kawan Anwar yang empunya pesawat itu. Siapa dia? Memang ramai yang kaya, tetapi tidak ramai yang ada pesawat sendiri. Kalau mampu memiliki pesawat sendiri, mesti kaya gila. Hebat juga Anwar ni. Sebelum dia menjadi pembangkang. Pemimpin pembangkang lain tidak pernah dapat merasa naik pesawat peribadi untuk pergi berkempen. Keadaan sekarang sudah berubah. Mereka dapat rasa perubahan yang nyata semenjak Anwar jadi ketua. Anwar pun bukan calang orang. Walaupun tidak berniaga secara besar-besaran dan merupakan seorang ahli politik dan jawatan tertinggi yang pernah dipegang ialah Timbalan Perdana Menteri, dia kelihatan seperti orang kaya. Dikatakan belliau duduk rumah mewah, naik pesawat klas bisnes atau pertama. Kereta mewah. Mana datang duit ini. Adakah dia juga dapat derma atau sumbangan dari pihak luar negara? Tidak kut, dia ni cukup amanah dan jujur. Dia tidak menyalah guna kedudukan semasa berada dalam kerajaan. Tuduhan yang mengatakan bahawa beliau tidak jujur adalah mainan politik sahaja. Anwar ini, kesayangan Nik Aziz. Mustahil Tuan Guru boleh suka padanya sekiranya dia ini mengamalkan rasuah atau tidak amanah. Cuma kita hairan bagaimana dengan perbelanjaan yang begitu besar dalam menjalankan kempen politik sejak 2008 hingga kini, kedudukan kewangan dia tidak terjejas langsung.

Friday 21 September 2012

TIADA MAAF BUAT NGEH

KEBIADAPAN Ngeh terhadap penentangan orang Islam ke atas golongan menghina Rasullullah (SAW) tidak boleh dimaafkan kerana Ngeh berbuat demikian kerana dia takut orang Melayu tidak kira dalam mana-mana parti politik akan bersatu disebabkan isu ini. Maka dia meminta orang Melayu jangan bersatu dan sebaliknya terus berpecah supaya undi Melayu kekal pecah dan undi Cina terus kukuh. DAP begitu yakin pengundi Cina akan hanya menyokong parti yang baik dengannya sahaja walaupun parti PAS sekalipun. Orang Cina, walaupun mereka takut hukum Hudud dilaksanakan di negara ini, mereka sanggup menyokong PAS. Ini pandangan DAP yang begitu yakin dengan sokongan bulat pengundi Cina dalam PRU13 nanti. Bagi DAP, parti itu yakin dapat, buat pertama kali dalam sejarah negara, dapat mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya dari Barisan Nasional. Ini kerana mereka yakin penuh memenangi semua kerusi di mana peratus undi Cina melebihi 50 peratus. Bagi DAP, undi Melayu akan pecah dan ini menyebabkan mana-mana calun parti dalam Pakatan Rakyat akan mendapat majoriti. Sebagai contoh, sekiranya Melayu ada 60 peratus dalam satu kawasan parlimen yang ditandingi calun BN (UMNO) dan PAS. Undi Melayu akan pergi ke BN (UMNO) 40 peratus dan PAS 20 peratus. 40 peratus undi bukan Melayu terutama pengundi Cina akan pergi ke PAS. Dengan itu calun PAS akan memperolehi 60 peratus undi dan menang. Begitu juga di kawasan bandar di mana calun DAP akan menang disebabkan undi Melayu pecah dan separuh dari undi Melayu akan pergi ke DAP. Bantahan umat Islam terhadap filem yang menghina Rasullullah mengejutkan DAP kerana kelihatan umat Islam tidak kira daripada UMNO, PAS, PKR dan lain-lain parti sanggup bersama. Mereka amat bimbang, kesatuan orang Melayu ini jika berterusan boleh mengancam usaha DAP mahu berkuasa di negara ini. Orang Melayu sesungguhnya memang bijak dan halus gerak mereka. Mereka selama ini tidak pernah termakan pujuk rayu DAP atau mana-mana parti pembangkang. Bagi orang Melayu, mereka percaya dengan kepimpinan yang ada iaitu UMNO kerana lebih 55 tahun dibawah pemerintahan UMNO dan BN, nasib orang Melayu banyak berubah. Bumi di pijak milik sendiri. Orang Melayu tidak akan izinkan orang lain memiliki bumi mereka. Sebab itu lah orang Melayu akan kekal bersama BN. Melihat kesatuan orang Melayu yang kukuh, orang lain termasuk Cina dan India akan terus bersama dengan BN. Mereka juga tidak mahu menang sorak kampung tergadai.

Wednesday 19 September 2012

KERA DAPAT BUNGA

MEMANG benar DAP, PAS dan PKR boleh memerintah negara sekiranya BN kalah dalam pilihanraya akan datang. Siapa kata tidak boleh? Persoalannya bolehkan mereka memerintah dengan baik? Membawa negara ini kearah yang lebih hebat daripada apa yang dibuat oleh Kerajaan BN sekarang. Setakat nak memerintah memang senang. Lihat sahaja PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Apa yang istimewa yang boleh dijadikan bahan rujukkan kepada negeri lain dan negara? Mustahil negeri lain nak jadikan bekalan air paip yang berkarat di Kelantan terjadi di negeri mereka. Atau melihat negeri Kelantan jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan negeri Terengganu. Jalan-jalan utama di Kelantan banyak yang rosak. Jalan-jalan kampung mengalami nasib yang sama. Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan baik untuk memajukan negeri Kelantan. Kedah pun tidak kelihatan dinamik lagi sejak diambil oleh PAS. Penang, sendiri tidak banyak berubah dibawah DAP. Setakat ini banyak cakap-cakap aja. Maka ramai yang ketawa membaca kenyataan pemimpin Pakatan yang beria-ia sungguh nak berkuasa di Putrajaya. Sampai Anwar sendiri menyatakan kesediaannya membina jambatan bernilai 2 bilion untuk menyambungkan labuan dengan Sabah. Dia bukan main marah dengan Kerajaan BN membelanjakan wang untuk projek besar. Dia buat ok orang lain tidak boleh. Ibarat kera dapat bunga, Pakatan hanya akan menghancurkan negara dari membangunkannya kerana pemimpin mereka akan hanya sentiasa berselisih faham. Ideologi yang amat berbeda diantara mereka akan menyukar Pakatan untuk mengurus pentadbiran negara. Akan sentiasa berlaku tentangan daripada pelbagai pihak terutama PAS dan DAP mengenai hukum Islam. Baiklah rakyat dan pengundi terus memberi sokongan kepada BN dan sama-sama kita menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam masa lapan tahun lagi.