Saturday 2 February 2013

SEKAT PAKATAN DARI HANCURKAN NEGARA

BAHANG pilihanraya umum semakin hampir. Nampaknya pemimpin Pakatan seperti kena sampuk, merapu tidak tentu arah menuduh Kerajaan Malaysia dengan pelbagai perkara, termasuklah menyembunyi wang RM207 bilion yang kononnya dibayar Kerajaan Jepun sebagai wang papasan kepada buruh paksa bina landasan keretapi dalam Perang Dunia Kedua. Baru-baru ini, satu lagi pemimpin Pakatan tuduh Kerajaan arah semua IC yang tidak dituntut dihantar ke Sabah. Sama ada logik atau tidak tidak diambil kira. Bagi mereka rakyat Malaysia bodoh dan mempercayai segala apa yang mereka canangkan.


In the eyes of Pakatan leaders, the rakyat are idiots

Tidak cukup dengan itu, pemimpin PAS dengan mudah mengatakan penggunaan perkataan Allah oleh orang Islam sebagai nama untuk Tuhan mereka dibolehkan sehingga Majlis Syura parti itu kata tidak boleh barulah mereka diam dan akur. Mereka akur kepada keputusan jawatankuasa tertinggi parti tetapi tidak dengan pandangan Mufti-Mufti. Agaknya, Pas terlalu yakin orang Melayu buta agama dan mudah diperdaya dengan janji-janji syurga.


Yang peliknya pula, PKR dan DAP anggap keputusan jawatankuasa parti Pas tidak relevan! Mereka hanya terima kenyataan yang diucapkan terdahulu. Mereka buat benda ini macam main-main dan tidak langsung takut kepada rakyat. Sama ada mereka tidak kisah dengan perasaan rakyat dan pengundi, tidak kita tahu.


Tiru taktik German masa Perang Dunia Ke 2

Mungkin mereka dah jangka buat apa pun majoriti rakyat tidak sokong Pakatan atau mereka anggap rakyat dan pengundi akan memberi sokongan kepada Pakatan tidak kira apa pun mereka lakukan kerana rakyat sudah termakan hasutan dan pembohongan mereka selama ini.


22 tahun sebagai Perdana Menteri dan berkerja keras untuk mengharumkan nama negara dan memberi kehidupan selesa kepada rakyat.

Kini taktik terbaru pula. Memandangkan begitu ramai rakyat Malaysia sayang dan percaya kepada mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, jentera propaganda Pakatan digerakkan untuk menghentam Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan, antaranya, zalim, sombong, salah guna kuasa dan lain-lain. Bagi mereka, rakyat perlu membenci Dr Mahathir, lupa akan jasa yang dicurahkan mantan Perdana Menteri itu yang telah lama menghambakan dirinya kepada negara dan rakyat. Bila mereka benci Dr Mahthir mereka akan sokong Pakatan.

Hebat jentera pakatan menjalankan tugas terutama dalam dunia siber. Hari-hari fitnah baru dicurahkan. Jentera mereka tidak segan silu tanpa fikir dosa dan pahala mengisi ruang siber dengan berita fitnah lagi palsu hanya untuk cuba memperbodohkan rakyat dan penyokong tegal mereka.

Tidak cukup dengan Pakatan sahaja, beberapa NGO yang dibelakangi oleh pemimpin Pakatan dan mereka yang sewaktu dengannya digunakan untuk memburukkan negara dan Kerajaan. Hari-hari mereka hentam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, sistem kehakiman dan institusi kerajaan lain seperti Polis DiRaja Malaysia.

Pemimpin Pakatan yang berkelakuan seperti orang mabuk arak menuduh Polis sebagai pembunuh dan bertindak sesuka hati tanpa mengambil kira peraturan dan undang-undang. Tujuannya jelas. Mereka mahu rakyat membenci Kerajaan. Namun begitu golongan inilah yang pertama akan membuat laporan Polis sekiranya merasakan diri mereka di ugut dan sebagainya oleh musuh mereka.

Sistem penghakiman negara ini telah lama dihina oleh Pakatan. Mereka akan mengatakan sistem kehakiman memihak kepada kerajaan sebelum keputusan di buat. Apabila keputusan memihak kepada mereka, dikatakan pula terdapat segelintir hakim yang berani bertindak luar dari cengkaman Kerajaan. Hakikat yang hakim bertindak atas landasan undang-undang tidak diberitahu.

Keadaan ini akan berterusan sehingga pilihanraya. Mereka tahu mereka akan kalah. Dan mereka akan cuba sedaya upaya merosakkan sistem pentadbiran negara, imej negara menjadi seburuk mungkin.


Biar negara menjadi papa sekiranya Pakatan tidak dapat memerintah. Itulah niat buruk mereka
.


Bagi Pakatan, kemenangan Barisan Nasional tidak boleh diberikan dengan mudah. Biar rosak segala-segalanya agar Kerajaan pimpinan BN tidak dapat membuat pembangunan sebaliknya terpaksa menghabiskan masa yang panjang untuk membaik pulih negara yang pihak Pakatan rosakkan.

Rakyat perlu sedar hakikat ini dan bertegas tidak memberi peluang kepada Pakatan untuk menghancurkan negara.s