Tuesday 17 July 2012

PKR, PAS dan DAP...Kedudukan mereka selepas PRU13

KALAU di kaji kedudukan parti-parti pembangkang sekarang, yang diramal mengalami kekalahan teruk ialah Parti Keadilan Rakyat, diikuti PAS. Hanya DAP dijangka dapat mempertahankan kerusi di Pulau Pinang dan beberapa lagi di Wilayah Persekutuan dan Petaling Jaya dan Perak.
Persoalannya mengapa PKR yang akan terjejas teruk? Jawapannya terletak pada pucuk pimpinan parti yang terdiri daripada Anwar, Azmin dan Wan Azizah. Punca utama ialah sikap Anwar yang terlalu memihak kepada Azmin sehingga sanggup membelakangkan presiden Wan Azizah. Anwar sanggup hilang sokongan penyokong asalkan Azmin dilindungi.
Dia lebih rela hilang Selangor kepada BN dari melihat Menteri Besar Khalid Ibrahim terus berkuasa semata-mata kerana menurut kehendak Azmin yang mahu mengambil alih jawatan tersebut. Bagi Anwar Azmin adalah segala-galanya. Malah Azmin lebih penting daripada keluarga Anwar sendiri. Ini kerana Anwar rela terus menyokong Azmin walaupun isterinya Wan Azizah dan anak Nurul Izzah menyokong calun lain ketika pemilihan jawatan timbalan presiden dalam pemilihn parti suatu ketika dahulu.
Perpecahan dalam PKR akibat sengkata Azmin dan Khalid akan menjadi punca utama kekalahan PKR di dalam pilihanaraya umum akan datang. Selain itu, rakyat mahu Anwar undur kerana beliau sudah dikaitkan dengan pelbagai perkara buruk termasuk didakwa menjadi pelaku utama dalam video lucah baru baru ini. Juga, terdapat dakwaan bahawa beliau mempunyai dana haram sebanyak RM3 billion.
Selain itu beliau seolah-olah dilihat dalam video sebagai punca Bersih 3.0 gagal ekoran arahnya untuk penyokong merusuh dengan cara menceroboh kawasan Dataran Merdeka yang diarah tutup oleh Mahkamah.
PAS pula menempah nahas selepas perwakilan parti memilih Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden parti itu. Mat Sabu tidak disukai kebanyakkan orang PAS kerana beliau pernah dituduh berkhalwat dengan isteri orang. walaupun ada segelintir kakitangan kerajaan pencen yang menyertai PAS, ramai penyokong biasa parti itu terutama di Kelantan, Kedah dan Terengganu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.
DAP pula tidak boleh rasa parti itu kebal dalam pilihanraya umum nanti. Debat yang diadakan diantara Lim Guan Eng dan Dato Chua Soi Lek telah menunjukkan kepada rakyat bahawa DAP dipimpin oleh seseorang yang emotional dan tidak matang berpolitik. DAP tidak boleh dilihat membela rakyat tetapi lebih kepada membuat onar dalam negara. Sejarah telah membuktikan DAP tidak pernah berjasa pada negara. Malahan, tiada apa yang dapat dibanggakan oleh rakyat Pulau Pinang selama DAP memerintah negeri itu.
Orang Cina pun bukan bodoh. Mereka tahu siapa diri mereka dan apa yang mereka mahu negara ini dijadikan.

Sunday 15 July 2012

BIASA LAH TU.....

KOMEN-KOMEN yang pembangkang akan menguasai Kerajaan Persekutuan seperti yang dilaungkan pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS dan juga dicatatkan secara meluas dalam blog-blog pro pembangkang akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang luar biasa pun. Ini kerana setiap kali pilihanraya umum hendak diadakan, pembangkang akan pukul canang bahwa mereka akan menguasai Kerajaan Persekutuan dan setiap kali juga mereka terus ditewaskan Barisan Nasional. Kalau dulu mereka bergantung kepada ceramah untuk membuat dakwaan tersebut, kini ianya dilaungkan menerusi blog dan berita internet. Ramai tentera siber mereka akan siarkan kenyataan dan analisa mengapa pembangkang akan menang dalam pilihanraya. Ini kerja nujum pembangkang yang di antara mereka, bekas-bekas wakil BN terutama UMNO. Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi dan menghasut golongan atas pagar (kuasa penentu pemenang) untuk mengundi pembangkang. Dan di situlah kesilapan mereka. Golongan atas pagar tidak mudah dihasut dan mereka tidak percaya dengan tulisan atau ceremah mereka. Kebanyakkan dari mereka terdiri dari golongan cerdik pandai yang sentiasa menilai keadaan sekeliling dan membaca lapuran-lapuran rasmi bagi menentukan samada kerajaan yang diperintah BN ini berjaya dalam memerintah negara.ss Mereka tidak akan meperjudikan nasib mereka dan serta keluarga dengan memberi sokongan kepada pembangkang yang telah terbukti pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya. Mereka tahu pembangkang suka memfitnah musuh politik mereka semata-mata untuk mendapat sokongan. Rakyat bukan mudah diperbodohkan dan di sini pemimpin pembangkang tidak pernah sedar. Kita pun tahu BN bukan lah bagus sangat, tetapi mereka lebih baik dari Pakatan Rakyat yang terbukti telah gagal membawa perubahan kepada negeri-negeri yang mereka perintah. Rakyat sudah rasa meluat dengan tindakan parti-parti DAP dan PAS akhir-akhir ini yang terus menipu mereka kononnya sekiranya Pakatan Rakyat menang maka Anwar Ibrahim akan dipilih menjadi Perdana Menteri. Apakah ini benar? Bersediakan PAS yang berjuang bermati-matian selama lebih 60 tahun mahu melihat pemimpin dari parti PKR menjadi Perdana Menteri? Hadi sendiri mau jadi Perdana Menteri! Kit Siang yang masih terus aktif dalam politik, lebih lama dari pemimpin-pemimpin BN yang dia sering tuduh mahu kekal sebagai pemimpin sampai mati, pun tanam cita-cita nak jadi PM. Nampaknya sekiranya Anwar Perdana Menteri, yang berkuasa penuh adalah ketua DAP dan ketua PAS aja. Dan kedua-dua mereka ini akan terus bersengkata kerana pada dasarnya, mereka tidak pernah bersetuju dengan dasar perjuangan masing-masing. Yang akan menjadi mangsa mereka ialah negara dan rakyatnya. Tapi kalau nasi dan jadi bubur, tidak dapat dibuat apa-apa.